Tuesday, February 24, 2009

Budak baikk!!!



Asyik berlari jerr, kan dah dpt seketull.. emm...budak baikk.



pagi esoknya (6.30 am) dah kurang skitt, tinggal lebamjerr..
Nangis tu bukan apa, nak ambil hpni..

Monday, February 23, 2009

Peringatan!!



Malam tadi, tengah menjamah nasi tiba2 Esya berkata "ummi! kakak taknak ummi meninggal" kenapa kakak tanya? soal saya.. Yelah nanti bila ummi dah tua, nanti ummi meninggal..kakak taknak ummi meninggal.. saya kata, bila ummi dah tua kakakpun dah besar, dah boleh jaga adik2 takpalah saya kata.. dia terdiam!! berfikir agaknya...saya pun tak tahu dimana & bagaimana dia terfikir/dapat perkara tersebut. Dia dah faham ttg kematian, sbb tulah dia terfikir agaknya...

Sesungguhnya anakku setiap yg bernyawa pasti akan menempuhi mati, tak kira muda atau tua, kecil atau besar..macamana ummi nak jelaskan perkara tersebut, sampai masanya nanti kamu akan faham jua...dan menerima Qada & QadarNya...

Friday, February 20, 2009

Makan time..




Semenjak ada chef baru ni, makan/menu nya sumer sedap2 belaka.. ni antara nya sarapan mee goreng dgn perencah yg banyak, atas lunch kunun2 diet ambil skit jer nasik tapi lauknya ayam msk kalio (emm tak penah dgr) dgn sup sayur. ingatkan masak lemak biasa, rupanya bila makan sedapnyerr (tak cukup pulak nasi tu) cili api atas tu penambah perisa jerr... harini sarapan lontong, sedap btul kuahnya.. Thumb up to chef kami yg baru!!!Cisss ingatkan nak kuruskan badan.. banyak pulak dugaan. habis camnerr

SeLaMat HaRi IbUbapa



Kek ni ditempah sempena hari Ibubapa (errr ada ke hari tu..) kalau takda kami mulakan dulu yer.. tarikhnya bila-bila boleh.. jasa ibu & bapa wajib dikenang sampai bila2 dan di mana jua...
credit to sarah (ummu bake house).. blueberry cake.. sedapp cuma tambah blueberry lagi blh tak??

Thursday, February 5, 2009

eYE oN MALAYSIA





Cuti raya cina hari tu kami sekeluarga berkesempatan ke Bandar Melaka dan teringin pulak nak naik E. O. M. Waktu di KL dulu tak berkesempatan nak pergi. Sebenarnya kami bercuti di PD, tiada aktiviti yg menarik selain dari mandi kamipun berjalan2 ke Melaka. EOM juga tiada apa yg mencabar utk org yg kuat jiwa macam saya nih (Ceh wahh!!) setakat tinggi je lah, sbb dia pusing slow sgt. Lebih kepada untuk menikmati panorama seaview selat Melaka dgn feri2 pengangkut org/pendatang ke Dumai kot! Cuma yang lucunya tgk perangai anak2 yg takut2 & gabra bila dah tinggi sangat

Tuesday, February 3, 2009

Game online

Pagi tadi on the way ke opis, sy dengar ikim.fm. membincangkan topik di mana satu pertubuhan (yg berhubungkait dgn kanak2) di London menganggap komputer dan tv menjadikan kanak2 bersifat ganas. Itu di London, bagaimana dgn negara kita yg majoriti org Islam & timur yg tidak terasa apa2 dgn pengaruh game komputer dan tv ni..

Sebenarnya game online atau PS (playstation) boleh mempengaruhi kanak2 seawal 3 tahun hggalah dewasa/tua. Ianya suatu cara yg termudah dalam zmn IT bagi barat mempengaruhi/merosakkan remaja eventhough kanak2. Maybe secara logiknya kita fikir alah game budak2, celek ITlah, bijak berfikirlah or whatever. Tahukah ia akan melekakan dan merosakkan program harian anak2 kita.

Semalam baru je saya bersembang dgn jiran sebelah di mana anak2 kami bersekolah di Tadika yg sama (Tadika Dzul Ameen). dia mengadu anak2nya dah tak minat buat homework (baru 1 bulan sekolahkan) sebab asyik nak main game. Bagi saya di sini adalah silap ibubapa yg mengajar mereka atau tak disiplinkan mereka bila boleh main game. Saya bercakap bukanlah sy yg terbaik dlm mendidik anak2, anak sy juga sebaya anak2 mereka jg anak2 ibu2 yg lain di luar sana. saya menyedari peri pentingnya disiplikan anak2 waktu mereka kecil2 lagi sedari umur 1 tahun bila kakak ipar selalu tegur cara pendekatan saya dgn anak2. mula2 memang rimas jg sll kena tegur but by the end barulah saya faham kenapa?. katanya BUDAK2/KANAK2 SEBENARNYA SUKA DIATUR, DIARAH dgn kata lain didisiplinkan. sebelum tu sy tak pernah dengar ayat tu.. that means diatur bagaimana nak makan dgn sopan, bercakap dgn org tua, minta izin bila mengambil barang orang lain, berterima kasih, meminta maaf bila melakukan kesalahan, bertanggungjawap dgn tugas yg diberi, menjaga kebersihan dan macam2 lagi.

So it's not normal bila perkenalkan kanak2 dgn perkara yang melekakan. Dengan mainan fizikal (toys) pun tak boleh lebih2 apatah lagi dgn game yg tiada sempadan. if mereka dah bijak mereka boleh download/install pulak lain2 game yg tak sesuai or ganas. Sbb tu CC dihadkan waktu utk kanak2 bermain game tp kita ibubapa bawa game tu dlm rumah sendiri bg memudahkan mereka. Antara perkara -ve ialah :- 1. Waktu sepatutnya mereka belajar dah lari, maybe dah ngantuk baru buat homework. 2. waktu beribadah dan jadi asal selesa, alah nantilah..3. Interaksi sesama adik beradik/ibubapa kurang 4. Waktu sepatutnya membantu ibu/ayah tiada (tiada t/jwb) 5. Game fighting mengajar mereka ganas & hilang rasa belas kasihan jg rasa nak menjatuhkan org lain and yg penting sekali 6. Anak2 sukar mendengar nasihat ibu/bapa bila tumpuan/perhatian mereka pada game tersebut malah boleh melawan balik.

Peringatan di atas sebenarnya utk diri saya jg kerana walaupun sy tak ajar anak2 main game di rumah (walaupun ada notebook) kdg2 bila bw ke opis hari Sabtu, sy biarkan jg mrk main game (sbb tiada xtvt lain) mmg sikakak dah pandai click sendiri game yahoo dan pandai pilih yg mana nak main. Cuma sy tak jdkan game tu satu xtvt di rumah, so mrk tak ghairah nak main game sgt. Wallahualam...

Cont..d Mohd. Afiq..

Hari tu bila dia still buat perangai yang sama, sy cakap ayat yang sama "Afiq tak kesian dgn abi ke, nanti abi taknak balik rumah kita macamana?? terus dia jawab "Abis tu, abi nak balik mana lagi" iskk dah ready jwpn nampak.. sy plak kehabisan kata2. The same situation saya ulang ayat yg sama, dia jwp macam tu jg. saya jawab balik "abi tidur kat pejabat dialah.." kakak pulak menyampuk, nanti abi takda baju macamana? Abi bawalah baju dari rumah. Nampaknya tak boleh pakai dah strategi tu.. huhu..

But nowni ada nampak perkembangan positif skit, dia nak mandi sendiri. Cuma saya perhati dari pintu. Gosok gigi tp dia nak lagu gosok gigi so sy nyanyilah:
"This is the way i brush my teeth, i brush my teeth (2X)
Early in the morning." basuh rambut dgn syampoo then garu2 skit kepala, bubuh syampoo kat badan pulak, kat ketiak, kat leher then dia kata kat hidung, ok. Gitulah nak layan dia tp lambatlah skit jadinya...

Apapun perangai anak2ni saya anggap sebahagian dari ragam dalam tumbesaran mereka. Tu belum 2 org tu lagi... sikit2 dah terserlah sifat2 mereka, Amjad garang suka mencakar dan Amzar mudah merajuk, manja..