Friday, December 26, 2008

Annual dining






Pada 3 Dis 2008, sebelum staff lain bercuti, kami adakan acara makan2 di Restoran Nasi Padang, Kelana Jaya. Makanannya not badlah mcm N9 jugalah. Tak ingat nak snap lauk pauk coz dah kelaparan bila datang jer lauk pauk terus terkam!!!! So posing sblm makan jelah.. teringat jus avocadonya bestt bangat

Monday, December 22, 2008

Happy birthday abi






Happy Birthday ke-37, (20/12/08) celebrate kat rumah je anak beranak. Lagipun hubby baru je balik dr Kedah. Sehari sebelumnya cari kad besday & malamnya minta si kakak tulis pada kad (4 1st time dia tulis). Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki hendaknya.....waktu nak bagi present esya siap pggl Afiq untuk pegang sama2 hadiah tu then baru pass to abi dia. Kunun2 diorang yg bagi (tak snap pulak hadiahnya)

Thursday, December 18, 2008

Hari Raya 2008






Gambar Ramadhan dan Hari raya 2008 yang ada dlm pc ku. Yang lain ada dalam laptop peribadi di rumah, belum copy lagi. Baju hijau adik suami yang bongsu dan baju merah anak pada abangnya yang tinggal di Sibu, Serawak

Monday, December 15, 2008

Umrah 2003





Menunaikan umrah bersama hubby pada Oktober 2003. Perasaan waktu tu sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang dapat mengunjungi rumah Allah. Perasaan lebih terharu dan terasa kerdil bila melihat kaabah di depan mata (waktu tu x blh bw kamera). Tambah2 bersyukur bila balik dari umrah saya disahkan hamil 5 mggu anak kami yg sulong



Bergambar di depan kaabah sewaktu mengerjakan umrah kali ke 3 pada Jun 2008 (sponsored)

Kenangan (Arwah ayah dan mak)

Gambar arwah ayah bersama emak dan adik-adiknya
Encem boy

Gambar bersama emak tiri yang saya anggap seperti emak sendiri setelah 20 tahun hidup bersamanya



Kenangan bersama arwah bapa mertua dan ibu mertua (jg ibu tiri)

Anak-Anak Permata Hati Ummi & Abi






Yg Sulong Lahir pada 23hb. Jun 2003. Anak yang dinanti2 setelah hampir 9 thn berkahwin. Alhamdulillah Tuhan memakbulkan doa hambaNya yg tidak putus2 berdoa dan berusaha utk mendapatkan zuriat. A'iesya Humaira' memberikan kelainan dan perbezaan yang amat ketara dalam kehidupan kami yang selama ini hambar dan sunyi tanpa suara tangisan bayi. dan memang sesungguhnya dia mendapat perhatian penuh dari kami yang juga dahaga nak mencurahkan kasih sayang kepada anak sendiri. Setahun kemudian saya disahkan hamil anak ke-2, maka lahirlah Mohd Afiq pada 20/3/2005. Alhamdulillah dah dapat sepasang. Mengandung dan membesarkannya jauh lebih mudah dari kakaknya. Tapi cabaran mendidiknya lebih mencabar dari kakaknya






Anak ke3 & 4, twins juga lelaki, Ahmad Amjad & Ahmad Amzar lahir pada 19hb okt 2007. Kenangan yg sukar dilupakan ialah waktu-waktu terakhir bawak perut yg memboyot (hu hu huduhnya) tp sempat juga beraya sana sini. Orang lain yg tgk kita yg takut. takut terbesalin kat rumah diorg!! Lagi satu pengalaman pertama c-sect. Rasa serik... nak jaga anak & luka lagi. Terasa betapa mudahnya bersalin normal takda masalah nak jaga.. Errkk.. dah 3 hero & 1 heroin yg walaupun dah 5 thn tp tak berapa boleh harap lagilah, dgn adiknya yang lasak dah tak cukup kakitangan saya nak handle, penat, tak tidur malam, makan tak tentu dah biasa dah. Cuma doa ku pada Allah semoga diberi ilmu dan kekuatan iman, kesihatan yang baik dan umur yg panjang dan rezki yang tidak putus-putus dalam mendidik dan membesarkan mereka supaya menjadi anak soleh dan solehah




Video ni diambil semasa bercuti di Glory beach resort, PD pada April 2007