Wednesday, January 21, 2009

Mohd Afiq!!!


Saya rasa pelik skit dgn anak bujang sorang nih, skit2 dgn ummi, skit2 dgn ummi... mmglaa dia lama skit bermanja dgn umminya sbb lambat skit dpt adik (hampir 3 tahun) dah lah tidurpun mesti nak menghimpit dgn kita jugak. masa baby kecik2 dulu jer (still breastfeed) dia tidur jauh dr kita sbb katil dah full dgn adik2nya kiri kanan. la ni bila adik2nya pun tidur dah asing2 dia menghimpit kat kita balik.... itulah kesilapan saya biarkan anak tidur celak ketiak lama sangat. eventhough dah 4 thn still cari kita jg malam2.

Tu takpa lagi, pagi2 nak pergi sekolah nak mandi dgn ummi jg.. sedangkan kita sibuk dgn nak buat air dan bekal dia pg2 ke sekolah. Part kejut anak & mandikan part my hb. Tapi yg sorang ni taknak mandi dgn abi. Kadang2 terpaksalah mandikan jg cepat2. malas nak dengar dia melalak pagi2.

Malam semalam dia buat lagi nak milo ummi yang buat, nak cuci tuut dia lps buang air ummi jugerr... saya dapat idea..sambil pakai seluar saya cakap dgn dia, kesian dengan abi.. sumer orang taknak dgn abi (saje provoke lebey2) nape afiq taknak dgn abi.. dia termenung jap..ala afiq, afiq..dia jawap slow tp tak abis.

nanti abi taknak balik rumah kita camana? si kakakpun menyampuk, a ah nanti abi tak nak balik dah kann..dia diam pulak takde idea nak jwp agaknya.. tp biasanya ade jer jawapan dia

Dengan afiqni saya tak boleh berkeras, kena pujuk, dakap barulah dia ok/berhenti menangis. Beza dengan kakak dia, kita boleh tegas dgn dia & dia akan tunduk, tapi Afiq tak boleh. kena guna psikologi jugalah..

Tengok jer lah perkembangan dia lepas nihh..nak bagi dia rasa simpati kat abi dia pulakk

Tuesday, January 13, 2009

Hai anak-anak....

Petang semalam, balik dari kerja panggil Afiq & Esya dr rumah sebelah kerana suami jiran tolong ambilkan dari Tadika. Masuk je rumah terus nak tgk channel cartoon sbb tgk dari rumah sebelah. Oklah saya layan jer sebab nak cepat belum solat asar lagi. Saya terus ambil wudhu' dan solat asar. lepas solat mereka minta air milo pulak. Buatkanlah dulu. Saya suka selesaikan masalah diorang dulu sblm ambil sikembar. Dah selesai barulah saya kata nak ambil adik kat atas. Afiq nak ikut, oklah kakak tggl ya ummi nak ambil adik sekejap. Senyap tanpa jwpn sbb ralit tgk kartunlah tu. Sampai rumah kak nor (1 tkt kat atas je), bukak je pintu Amjad terus meluru sambil tersengih.. Dukung dia turun dululah. Biasanya dukung 22, aduh tak larat bertahan jer sblm sampai pintu rumah. Bawalah turun Amjad dulu, lagipun kakak ada kat rumah blhlah tolong tgkkan dulu.

Sampai bawah letak Amjad sebelah kakaknya, saya terus rapatkan pintu dan naik ke atas semula. hajat hati nak borak jg dgn kak Nor maklumlah sejak dia jaga anak (sbb baby sitter yg lama bersalin) hantar dan ambil gitu2 je, tak pernah berborak. Tp terfikir dah dekat kul 7, takpalah lain kalilah. Dukung Amzar dgn bantal2nyadan afiq turun sekali. Sampai kat bawah tangga nampak Amjad sorang2 dgn kaki ayamnya nak turun tangga keluar dr bangunan. Ya Allah, bertuah punya kakak biar adiknya keluar sorang2. Amjad mmg lincah pantang pintu terbuka. Saya terus kepit Amjad bawa msk rumah sambil meronta2 taknak masuk.

Dalam rumah, kakaknya langsung tak sedar apa berlaku. Saya terus letak adik2nya dan jerit pd esya (emosi tul waktu tu) nape biar Amjad keluar, ummi suruh jaga adik sekejappun tak boleh. kalau ummi lama tadi kat atas, adik dah sampai kat jalan agaknya, kalau org jahat ambil adik macamana!! saya bebel, terus saya piat skit peha dia. Saya ambil remote terus tutup tv. Terus dia meraung sambil masuk bilik. Lain kali jgn minta apa2 dah dgn ummi, ummi minta tolong jg adik sekejappun tak boleh. Taknakkkk... kakak nak minta jugaa.. dia jerit.. saya terus masuk bilik air untuk mandi smbil dengar dia teriak ummiii kakak nak minta jugaa..

Saya saja lama2 kat dlm bilik air. Saya peka kalau baby nangis jer, kalau suara kakak & abangnya tak kisah sangat. lama2 senyap, waktu nak keluar dengar suara dia slow jerr, ummiii Amzar nak buah, 2/3 kali saya senyap je. Keluar je bilik air Esya terus hulur tangan, ummi.. kakak minta maaf...sya sambutlah tangan dia sambil kata lain kali jgn buat lagi ye, sayu jg hati tp stil buat2 keras hati. Tgk Amjad dan Amzar pegang epal sebiji sorang, saya ambil buah2 tu utk basuhkan dulu. lalu kakak kata kakak dah basuhkan untuk Amzar. Bagus kata dalam hati jer. Tp saya ambil jg utk potong kecil2.

Sambil potong buah dia dtg dekat saya kata kenapa kakak tak jaga adik tadi, Amjad keluar sorang2 nanti sampai kat jalanraya macamana? kalau org jahat ambil adik macamana? suara saya masih kerass. Dgn mata masih merah tersedu lagi, ummi cakaplah baik dengan kakak. Kakak taknak buat lagi, kakak nak jaga adik...dia kata. Terus hati ni jadi cair dan bertakung jugalah air mata ni.. hai anak2...........

Monday, January 5, 2009

slide show

Aktiviti cuti Krismas

Cuti krismas aritu bw anak2 ke Cosmo World
Adik yg duduk kat tmpt driver, patutlah tak gerak2 keta tu
My doter mmg tak suka bergmbr, bila ajak bergmbr kakak letihlah katanya...
Dgn anak ummi sorang yg amat manja nihh..
ambik gmbr kat pintu masuk

Petangnya pergi muzium yg dah lama tak ku ziarah, last time masa bas rombongan penduduk kg ku ziarah KL waktu saya kecik2 (padahal duk KL dah berbelas2 tahun)