Monday, December 28, 2009

lama tak memblogging

dah berapa bulan dah blog ni ditinggalkan...sibuk..ye...tak jg..oo ye lgpun motherboard msk workshop hampir sebulan huhu...semua data2. gambar2 ada dlmnya..w/pun tak didelete tp semua dah dlm workshop nak wat camana?? komp Hp kena hantar workshop Hp jgk...tak blh dpt di mana2..pandaikan..mahal plak tu hampir 1k..yg jd lambat tu pasal hantar dikedai2 biasa utk ganti yg lain..rupanya tak blh join..kena guna ori hp jgk..tp yg pelik motherboard tu baru jer tukar baru bulan Julai hari tu & waktutu still under warranty...moral of the story...beli jer yg biasa...tak payah branded2..haha marah sykt komp kat aku..

Tuesday, September 1, 2009

Ohh..Hari rayaku..

Pagi td hubby beritahu yg Rabbani confirm akan ke Dubai. mereka akan bertolak sehari sebelum raya dan balik 3/4 hari raya. Mmm.. demi mencari rezki dan tugas, what can i say..sebelumni pun dah biasa jglah kena tggl waktu hari raya..cuma 3/4 thn lepas jer yg kami sekeluarga ikut sekali ke mana rabbani pergi..doaku moga selamat pergi dan kembali..

Friday, August 28, 2009

Sahabatku Haliza (Jannah)


Saya tak tahu apa yang mendorongku utk menyatakan sesuatu ttgnya. kami mula kenal sejak lebih 18 thn lalu. Waktu zaman student (IPT) Jannah memang sentiasa aktif dan lincah orangnya. Dia jenis yang tidak suka menunjukkan kesusahan apabila ada masalah serta sering berinovasi dan gigih. Allah telah pilih dia untuk menjadi jodoh kepada Ust Asri yang ketika itu glamer dalam jemaah Arqam. Malah kami diraikan secara besar-besaran waktu perkahwinan dgn 7 lg pasangan yang lain pada 18 September 1993. Awal perkahwinan lagi jannah telah diuji hebat iaitu terpaksa berpisah dengan suaminya ketika masih dlm suasana bulan madu lagi iaitu baru 2 mggu diijabkabulkan. Ust Asri keluar negara (Iran dll lagi) berdakwah mengikut Ust Ashaari. Waktu ditgglkan dia ust mahupun Jannah sendiri tidak tahu berapa lama ust kena keluar berdakwah. Waktu tu jg mana ada perhubungan hp, internet seperti sekarang. Ketika ditgglkan jg jannah telah disahkan mengandung anak sulung mereka. Walaupun cuma 2 bulan, tetapi cukup perit rasanya bagi pasangan suami isteri yg baru menyulam kasih terpaksa berpisah lama. Seterusnya menjadi isteri kepada Nada Murni ketika itu macam menjadi kemestian apabila hari raya kami sering ditinggalkan (beraya sendiri tanpa suami). Pada ketika Rabbani ditubuhkan pula, bermulalah era seluruh masyarakat mula mengenali ust Asri dan Rabbani. Undangan dan jemputan tidak putus2 juga demi mencari rezki untuk keluarga anggota Rabbani itu sendiri. Sering ditinggalkan suami sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Terutama Jannah sendiri di mana dengan bilangan anak yang paling ramai berbanding yg lain juga anak yg semakin meningkat dewasa, persekolahan, tuisyen, mengaji dan lain-lain semua kena diuruskan sendiri olehnya. Kesibukan Rabbani memenuhi undangan menyebabkan masa mereka agak terbatas dgn keluarga. jadi bila ada masa terluang dan kewangan mencukupi, biasanya Rabbani merancang percutian keluarga bersama-sama. Kami bagaikan satu keluarga besar yang diketuai oleh Asri Ibrahim sebagai abang sulung. program Hari Raya dan undangan hari raya biasanya disertai keluarga kerana itulah waktunya kami dan anak2 nak bersama suami. Jadi kami beraya bersama-sama sejak beberapa thn yg lepas. Bagi kami istilah balik kg dah jadi no. 2/3. Setelah 3/4 hariraya barulah balik ke kg sendiri menziarahi sanak saudara masing2. Ini semua menjadikan kami bertambah rapat walaupun hakikatnya pd hari2 biasa kami jarang berjumpa. Sejak 2 bln yg lepas pula terlalu byk undangan buat Rabbani menyebabkan saya sendiri jg terasa yg suami jarang dpt bersama2 kami sekeluarga terutamanya anak2. yelah balik anak-anak.dah tidur, esok pula anak2 dah ke sekolah/rumah babysitter. Hujung mggu pula kdg2 tidak balik sehingga 2/3 hari. Jannah sedar, suaminya adalah milik masyarakat, berbakti utk agama Allah hingga ke akhir hayatnya. Allah pinjam sementara utk dia menumpang kasih sayang dan diberi amanah anak2 utk dididik & dibesarkan. Moga dia tabah menjalani hidup sebagai ibu tunggal dan sesungguhnya dia insan yg terpilih menjalani ujian dari Allah. Bukan sebarang orang boleh merasainya.

Friday, August 21, 2009

Perginya seorang sahabat

Tanggal 13 Ogos, sedang saya membuat kerja2 rutin pejabat, hp berbunyi panggilan dari suami. ya bang..ustaz Asri dah meninggal! haa..w/pun jelas suaranya tp sy buat2 tak dengar /rasa dia melawak. Sekarang kat Hospital pantai...ohh habis tu macamana? (saya tanya sbb nakkan jwpn yg lain dr seblm tu) U. Asri dah tak ada..dgr suaranya sebak. Saya pun Innalillah wainnaillahiroji'un. Terus blurr...terdiam, terus teringatkan Jannah..ya Allah..Hp berbunyi lg, Ya bang, jgn telefon Jannah. Yaa jwpku lemah. Memang sy tak smpai hatipun..palagi nak dengar suara dia...

Hati ku sedih, sayu, pilu semua ada..air mata bergenang tp menahan tangis sbb berada dlm ofis. Sy hubungi Ina Rahmat, bila dengar dia menangis, sy dah tak dapat tahan lg, terus masuk tandas. Kakak ajak ku ke hospital, tapi saya tak mahu sebab tak sanggup jumpa & lihat muka Jannah & anak-anak. Kita pergi rumah mak U. Asri jelah kak saya kata..
Ustaz Asri & sahabat Rabbani datang menziarahiku di HUKM semasa melahirkan anak sulung A'iesya Humaira'
cukur jambul Aiesya di Beranang

Lebih 18 tahun sy mengenali arwah..kami bagaikan satu keluarga besar. Walaupun sebenarnya saya jarang sangat berckp dgn arwah, kecuali ada hal yg nak disampaikan, maybe jg sy segan & U. Asri pun menjaga adabnya dgn muslimah2. Sifat beliau yg mengambil berat terhadap keluarga2 Rabbani yg lain terutamanya isteri2. Beliau bagaikan abang yang sulong, kehilangannya amat dirasai oleh kami dan jg pencinta nasyid di luar sana

~Al-FATEHAH~

Tuesday, July 21, 2009

Macam-macam

Semalam si kakak memarahi adik-adiknya Amjad & Amzar kerana kacau buku2 sekolahnya di atas meja. Biasalah adik2nya akan capai mana2 yg boleh dia capai di atas meja. Kejap dia jerit Amjad, kejap Amzar. Afiq pun keluarkan buku2 latihannya, konon nak siapkan homeworknya. Last2 dia malas. Saya suruh simpan balik.

Esya tekun menyiapkan homeworknya sambil jerit pada Amjad, "eeii jgn ambil buku kakak, nak kakak kena marah dgn ustazah ker" (Macamlah adik dia faham maksud ustazah marah)Amjad pun bersungut2 dlm bahasa dialah bila kakak dia marah dia sambil kening kerut2 dgn matanya dikecikkan. Amzar pulak tak retipun org marah pd dia. Dia still mcm baby2 lagi. Amjad lebih matang.

Tiba2 kakak merungut mengatakan buku English 3B dia hilang. Sapa yg ambik ni dia bebel, tanya saya. Cubalah kakak cari bawah kerusi ke, di bilik belakang ke. Dah kakak dah cari dah takdapun. nanti ustazah marah kalau kakak hilangkan buku, nape ummi tak tengok sape yg ambil buku kakak tadi. mana ummi perasan, sbb ummipun banyak keje jugak, kakaklah kena jaga sendiri buku kakak, balas saya. Amjad, mana buku kakak dia jerit pd adik dia (masa tu sy tgh nak tidurkan Amzar). Amjadpun muncungkan mulut dia sambil bersungut2 kena marah dgn kakak dia.

Tiba2 sy teringat, cuba kakak tengok dalam beg Afiq. Diapun buka beg Afiq & nmpk bukunya dlm tu, Afiqni nape ambil buku kakak. Haa..kakak saya kata, minta maaf pada Amjad, sbb kakak tuduh dia ambil buku kakak. Yelah..tapi nape Afiq ni simpan buku kakak dalam beg dia..Afiqpun jawap, Ala.. Afiq nak simpan je buku2 tu dalam beg tadi, lantas sy menyampuk, Afiq tak sengajalah kakak..a ah Afiq tak sengaja..Afiq sambung..

Saya kadang2 geram, kdg2 gelihati pun ada tgk perangai anak-anak..

Monday, July 6, 2009

Result mid year exam

Pada 5/7/09, ibubapa dikehendaki mengambil result anak2 dan berjumpa sendiri dgn guru2 bg mengetahui perkembangan anak mrk. Keputusan Aiesya adalah seperti dlm report card diatas dan kedudukannya dlm kelas ialah 4/17 (Kelas 6A). Bg sy Alhamdulillah ada peningkatan dr exam awal thn yg lepas di mana dia dpt no. 5 dlm kelas. mengaji (qiraati) jg dah semakin laju, lg 3 helai nak habis buku qiraati 3. Dia dah tahu mana yg perlu baca pjg (2/5 harakat). dan buku 4 nanti diperkenalkan dgn dengung pulak. Aiesya jg rajin membaca tak kira buku apa yg dia nmpk/jumpa. Sbb tu sy taknak bw buku2 yg mengarut balik rumah yg kita rasa kita ssh nak explain bila di tanya. itupun byk perkataan2 -ve yg dia dpt dr TV. Apa yg blh sy buat ialah bila ada gmbr/perbuatan yg tidak baik, sy ingatkan tidak baik/berdosa buat begitu samada pd kakak mahupun Afiq. Kdg2 Afiq sendiri yg ckp, tak baik minum berdirikan! tak baik ckp mcm tu kan dan sbgnya..

Afiq pula w/pun br 4 thn, tp dia dah didedahkan pd kelas /pelajaran sejak umur 2 thn lagi sbb dia tggl di tadika tu sejak 2 thn, malah dia dah blh hafal doa2, ayat2 lazim dan lain2 bacaan..Awal thn dia dpt no. 1 dlm kelasnya yg hanya ada 5 org. tp kali ni dia dpt no. 2. Walaupun markah bertulis dia penuh tp coloringnya tak berapa kemas, so kurang 5 markah dr yg dpt no. 1. Penilaian akhlak pulak byk dpt B, mmm..besalah bdk laki..ustzh dia kata, Afiq kalau dia ngantuk, dia ckp "ustzh, Afiq ngantuklah, blh tak Afiq tidur kejap" tgklah kertas exam dia.....(nama diorg kena buat sendiri)














Sunday, July 5, 2009

Happy Birthday kakak


Ustzh minta panggil kwn2 rapat utk potong kek, so 4 sahabat nilah kwn rapat diorg. Afiq tu wat sibuk jer..


Bersama-sama ustazah Kamilah yg jg ibu saudara diorang. Walaupun ibu saudara sendiri, tp mereka takut/hormat sbb ustazah ni tegas.
Pada 23 Jun yg lepas, kakak genap 6 tahun. kami takda wat apa2 majlis kerana hari sekolah. Saya cuma belikan simple cake, then jamu budak2 tadika dgn karipap, donat dan kek bahulu. Biasa parents yg lain bg goodies jajan, takpa biar sy jamu sarapan diorg, lebih kenyang lagi..semoga kakak menjadi anak yang solehah..

Friday, June 19, 2009

Selamat Hari Bapa







buat suami tercinta, t/kasih utk segala-galanya...

Buat ayahanda tersayang, kenangan bersamamu tetap dalam ingatan..

Wednesday, June 10, 2009

Balik Batu Pahat


happy jer Amjad, maklumlah naik kete nak gi jalan


Muka blurr Amzar & muka xcited Amjad


Bersama-sama Adik ipar dan mak tiri hb


Sila ignore badanku yg semakin...

Cuti Agung haritu dimanfaatkan utk menziarahi mak mertua di Bt Pahat, Johor. Alhamdulillah mak sihat dan ditemani oleh anak lelakinya kerana adik ipar masih belajar di UITM. Balik dari situ kami dibekalkan dgn durian2 dan rambutan..on de way balik tu, peninglah jg dgn baunya w/pun dah bubuh byk daun pandan. Terima kasihlah mak kerana melayan kami anak beranak....

Monday, June 8, 2009

keluar dinner..






Malamnya kakak ajak naik crvnya gi jln2, singgah di restoran kenalan/jirannya di Subang Perdana. Singgah makan cuma syarat jer..nak test naik crvnya yg baru dpt sebulan..second pun ok apa..

31st Mei..




Pagi tu sebelum ke majlis Kahwin di Bentong, singgah di Dewan komuniti Gombak, ziarah dan nak tgk anak Siti yg nak buat marhaban. Tp alief tengah bad mood sbb ngantuk sgt, tu yg ambil gmbar time tido jer..sempat sekejap jer sblm pegi Bentong.

Majlis kahwin di Bentong ialah majlis kahwin adik jiran sebelah rumah. Masya Allah ramainya org..walaupun pengantin belum sampai lagi..tu yg tak ambil gambar pape. Amjad plak nyaris hilang di celah2 org ramai. Menonong jer ke depan, ntah mcmana umminya tergerak hati nak cek dia kat mana..tuuu dia dah jauh ke depan celah2 org ramai. if dibiarkan nunn sampai ke jalan raya..


dari Bentong singgah lagi di Melawati ker (err dah lupa) kenalan jemaah umrah bersama Rabbani sambut besday cucu sulungnya yg ke -8. Anak2 ku ke depan kebelakang dah mcm rumah sendiri, cuma risau gelas2, pnggan kaca tuan rumah jer takut tak sempat nak sambut .. huhu.Alhamdulillah selamat...

Balik petang terus lepak sunyi satu rumah, bangun2 dah nak Maghrib rupanya..

Thursday, May 28, 2009

Perkahwinan Masitah


Gambar pengantin bersama mak, abahnya (yg duduk) dan sebahagian adik beradik suami (yg berdiri)

Pada 26 April yg lepas, kami menghadiri kenduri anak buah suami di Bt 14, Hulu Langat. Act anakbuah (perempuan) tggl di Sibu, kerana abg suami menetap di sana. Kami hanya menghadiri kenduri belah lelaki shj. Semoga bahgia hendaknya...



Majlis yang diadakan di Sibu, Sarawak (kiri dan kanan adalah kakak dan adik kepada Masitah)
p/s Pada along..hehe Insya Allah moga dipercepatkan jodoh..

Monday, May 18, 2009

Pendidikan Anak-Anak



Gambar semasa pergi pesta buku di PWTC

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik2 dah nak masuk 1/2 tahun 2009. Banyak perkembangan anak2 terutamanya Esya dalan pelajaran mahupun perlakuan. Afiq cam biasalah manjanya minta perhatian tak abih lagi, walaupun umminya garang semacam layan tak layan dia, still dgn perangainya. Esya dah semakin lancar membaca dan menulis, boleh buat homeworknya sendiri tanpa pengawasan, boleh mereka sendiri perkataan. Kadang2 yg terharunya dia tulis surat "saya sayang ummi, terima kasih ummi" then dia lipat kecil2 bagi pada kita suruh baca. Satu utk ummi, satu utk abi dia. Saya pun beri reaksi bila baca "wahh!! pandainya kakak buat.. terima kasih.." Afiq pula dah boleh menulis namanya sendiri dan kalau bab mengaler memang dia cermat. Tak peliklah dpt no.1 dr 5 org murid 4 thn. Tapi mengaji Qiraati dia agak slow skit, tak fokus. nak alih dari satu ke satu m/surat sampai berminggu2. Harap2 bila dah 5 tahun nanti dia boleh fokus betul2. Kakak pula qiraati 3, dah masuk bab pjg pendek dan jg dengung. Tapi apa yang paling saya terharu ialah boleh kata 90% bacaan dalam sembahyang dia dah boleh baca termasuk doa iftitah. Lagipun musim cuti sekolah haritu mmg diadakan bengkel/kursus sembahyang. Itulah kelebihan sekolah yg menerapkan nilai2 agama di mana pengisian rohani adalah sama penting dgn pengisian mental/fizikal. Bayangkan ibubapa sendiri yang bekerja 8-6 ptg, baru jumpa anak. Sampai di rumah sibuk pulak dgn urusan rumah dan anak2 yang lain. hujung mggu jg ada xtvt luar dan sbgnya. Bila masa nak ajar anak sembahyang/bacaan2 dlm sembahyang?? so saya bersyukur sangat2 didikan yg diberikan di Tadika Dzul Ameen selain dari akademik, ada didikan akhlak, hafal hadis, surah2 , doa2 , sunnah dan lain2 lagi. Persiapan rohani ini jg penting kerana bila mereka memasuki sekolah rendah, seterusnya menengah mereka mempunyai pengetahuan asas /pendinding diri dari ancaman2/gejala2 yang merosakkan..bila difikirkan masalah2 di sekolah sekarang baik rendah/menengah rasa takut nak melepaskan anak bersekolah pun ada..itulah pentingnya ilmu agama, adab akhlak Islam & ketahanan diri diisi dari kecil.

Memang bunyinya cam berat sangat, tapi itulah hakikat dunia sekarang
. Setakat nak jdkan anak-anak cemerlang akademik Insyaallah mudah. Tapi cemerlang menjaga hubungan dgn Tuhan, ibubapa itu yg paling penting..Wallahualam..




































Tuesday, April 28, 2009

Internet problem

Wahh!! lama tak memblog. haritu opisni terkena overloaded voltan, so abih sumer perkakasan letrik termasklah 4 unit komputer kat pejabat + modem. So terpaksa duk diam2 tanpa internet selama semggu lebih. Sib baik komp ni under warranty Hp lagi, so hp ganti motherboard dan mouse. Ingatkan dah selamat dah pc ni sbb saya off switch but tak plug off... mmmm kena jg. Pengajarannya kena off hari2lah. Rumah staf yg lain yg sama building dgn opis ni, ada yg kena pada astro, washing machine, peti sejuk. So harap2 dapat claim TNB..

Tuesday, March 31, 2009

Happy Birthday Abang ngah 20/3



Birthdah boy 4th years old


Potong kek ummi kena serta sekali


Kakak & Abang

Besday Afiq wat simple jer, cuti sekolah dan pagi tu jugak bergegas balik kg sbb ada kematian (pakcik). Dapat tahu mlm tadi, terkejut juga sbb tak pernah dengar suami makcik yg sorang ni sakit apa2. Innalillahi wainnailla hirajiun...

Monday, March 23, 2009

Gambar photoshop




Siti nak asah bakat mengedit gambar2 thru PS, nanti boleh wat kad raya pulak hehe....