Friday, August 21, 2009

Perginya seorang sahabat

Tanggal 13 Ogos, sedang saya membuat kerja2 rutin pejabat, hp berbunyi panggilan dari suami. ya bang..ustaz Asri dah meninggal! haa..w/pun jelas suaranya tp sy buat2 tak dengar /rasa dia melawak. Sekarang kat Hospital pantai...ohh habis tu macamana? (saya tanya sbb nakkan jwpn yg lain dr seblm tu) U. Asri dah tak ada..dgr suaranya sebak. Saya pun Innalillah wainnaillahiroji'un. Terus blurr...terdiam, terus teringatkan Jannah..ya Allah..Hp berbunyi lg, Ya bang, jgn telefon Jannah. Yaa jwpku lemah. Memang sy tak smpai hatipun..palagi nak dengar suara dia...

Hati ku sedih, sayu, pilu semua ada..air mata bergenang tp menahan tangis sbb berada dlm ofis. Sy hubungi Ina Rahmat, bila dengar dia menangis, sy dah tak dapat tahan lg, terus masuk tandas. Kakak ajak ku ke hospital, tapi saya tak mahu sebab tak sanggup jumpa & lihat muka Jannah & anak-anak. Kita pergi rumah mak U. Asri jelah kak saya kata..
Ustaz Asri & sahabat Rabbani datang menziarahiku di HUKM semasa melahirkan anak sulung A'iesya Humaira'
cukur jambul Aiesya di Beranang

Lebih 18 tahun sy mengenali arwah..kami bagaikan satu keluarga besar. Walaupun sebenarnya saya jarang sangat berckp dgn arwah, kecuali ada hal yg nak disampaikan, maybe jg sy segan & U. Asri pun menjaga adabnya dgn muslimah2. Sifat beliau yg mengambil berat terhadap keluarga2 Rabbani yg lain terutamanya isteri2. Beliau bagaikan abang yang sulong, kehilangannya amat dirasai oleh kami dan jg pencinta nasyid di luar sana

~Al-FATEHAH~

2 comments:

  1. Semoga Allah menempatkan Almarhum dikalangan hamba-hambanya yang BERTAQWA..

    ReplyDelete
  2. Insya Allah..thanks be a follower

    ReplyDelete