Tuesday, July 21, 2009

Macam-macam

Semalam si kakak memarahi adik-adiknya Amjad & Amzar kerana kacau buku2 sekolahnya di atas meja. Biasalah adik2nya akan capai mana2 yg boleh dia capai di atas meja. Kejap dia jerit Amjad, kejap Amzar. Afiq pun keluarkan buku2 latihannya, konon nak siapkan homeworknya. Last2 dia malas. Saya suruh simpan balik.

Esya tekun menyiapkan homeworknya sambil jerit pada Amjad, "eeii jgn ambil buku kakak, nak kakak kena marah dgn ustazah ker" (Macamlah adik dia faham maksud ustazah marah)Amjad pun bersungut2 dlm bahasa dialah bila kakak dia marah dia sambil kening kerut2 dgn matanya dikecikkan. Amzar pulak tak retipun org marah pd dia. Dia still mcm baby2 lagi. Amjad lebih matang.

Tiba2 kakak merungut mengatakan buku English 3B dia hilang. Sapa yg ambik ni dia bebel, tanya saya. Cubalah kakak cari bawah kerusi ke, di bilik belakang ke. Dah kakak dah cari dah takdapun. nanti ustazah marah kalau kakak hilangkan buku, nape ummi tak tengok sape yg ambil buku kakak tadi. mana ummi perasan, sbb ummipun banyak keje jugak, kakaklah kena jaga sendiri buku kakak, balas saya. Amjad, mana buku kakak dia jerit pd adik dia (masa tu sy tgh nak tidurkan Amzar). Amjadpun muncungkan mulut dia sambil bersungut2 kena marah dgn kakak dia.

Tiba2 sy teringat, cuba kakak tengok dalam beg Afiq. Diapun buka beg Afiq & nmpk bukunya dlm tu, Afiqni nape ambil buku kakak. Haa..kakak saya kata, minta maaf pada Amjad, sbb kakak tuduh dia ambil buku kakak. Yelah..tapi nape Afiq ni simpan buku kakak dalam beg dia..Afiqpun jawap, Ala.. Afiq nak simpan je buku2 tu dalam beg tadi, lantas sy menyampuk, Afiq tak sengajalah kakak..a ah Afiq tak sengaja..Afiq sambung..

Saya kadang2 geram, kdg2 gelihati pun ada tgk perangai anak-anak..

No comments:

Post a Comment