Monday, May 18, 2009

Pendidikan Anak-Anak



Gambar semasa pergi pesta buku di PWTC

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik2 dah nak masuk 1/2 tahun 2009. Banyak perkembangan anak2 terutamanya Esya dalan pelajaran mahupun perlakuan. Afiq cam biasalah manjanya minta perhatian tak abih lagi, walaupun umminya garang semacam layan tak layan dia, still dgn perangainya. Esya dah semakin lancar membaca dan menulis, boleh buat homeworknya sendiri tanpa pengawasan, boleh mereka sendiri perkataan. Kadang2 yg terharunya dia tulis surat "saya sayang ummi, terima kasih ummi" then dia lipat kecil2 bagi pada kita suruh baca. Satu utk ummi, satu utk abi dia. Saya pun beri reaksi bila baca "wahh!! pandainya kakak buat.. terima kasih.." Afiq pula dah boleh menulis namanya sendiri dan kalau bab mengaler memang dia cermat. Tak peliklah dpt no.1 dr 5 org murid 4 thn. Tapi mengaji Qiraati dia agak slow skit, tak fokus. nak alih dari satu ke satu m/surat sampai berminggu2. Harap2 bila dah 5 tahun nanti dia boleh fokus betul2. Kakak pula qiraati 3, dah masuk bab pjg pendek dan jg dengung. Tapi apa yang paling saya terharu ialah boleh kata 90% bacaan dalam sembahyang dia dah boleh baca termasuk doa iftitah. Lagipun musim cuti sekolah haritu mmg diadakan bengkel/kursus sembahyang. Itulah kelebihan sekolah yg menerapkan nilai2 agama di mana pengisian rohani adalah sama penting dgn pengisian mental/fizikal. Bayangkan ibubapa sendiri yang bekerja 8-6 ptg, baru jumpa anak. Sampai di rumah sibuk pulak dgn urusan rumah dan anak2 yang lain. hujung mggu jg ada xtvt luar dan sbgnya. Bila masa nak ajar anak sembahyang/bacaan2 dlm sembahyang?? so saya bersyukur sangat2 didikan yg diberikan di Tadika Dzul Ameen selain dari akademik, ada didikan akhlak, hafal hadis, surah2 , doa2 , sunnah dan lain2 lagi. Persiapan rohani ini jg penting kerana bila mereka memasuki sekolah rendah, seterusnya menengah mereka mempunyai pengetahuan asas /pendinding diri dari ancaman2/gejala2 yang merosakkan..bila difikirkan masalah2 di sekolah sekarang baik rendah/menengah rasa takut nak melepaskan anak bersekolah pun ada..itulah pentingnya ilmu agama, adab akhlak Islam & ketahanan diri diisi dari kecil.

Memang bunyinya cam berat sangat, tapi itulah hakikat dunia sekarang
. Setakat nak jdkan anak-anak cemerlang akademik Insyaallah mudah. Tapi cemerlang menjaga hubungan dgn Tuhan, ibubapa itu yg paling penting..Wallahualam..




































No comments:

Post a Comment