Monday, December 15, 2008

Anak-Anak Permata Hati Ummi & Abi






Yg Sulong Lahir pada 23hb. Jun 2003. Anak yang dinanti2 setelah hampir 9 thn berkahwin. Alhamdulillah Tuhan memakbulkan doa hambaNya yg tidak putus2 berdoa dan berusaha utk mendapatkan zuriat. A'iesya Humaira' memberikan kelainan dan perbezaan yang amat ketara dalam kehidupan kami yang selama ini hambar dan sunyi tanpa suara tangisan bayi. dan memang sesungguhnya dia mendapat perhatian penuh dari kami yang juga dahaga nak mencurahkan kasih sayang kepada anak sendiri. Setahun kemudian saya disahkan hamil anak ke-2, maka lahirlah Mohd Afiq pada 20/3/2005. Alhamdulillah dah dapat sepasang. Mengandung dan membesarkannya jauh lebih mudah dari kakaknya. Tapi cabaran mendidiknya lebih mencabar dari kakaknya






Anak ke3 & 4, twins juga lelaki, Ahmad Amjad & Ahmad Amzar lahir pada 19hb okt 2007. Kenangan yg sukar dilupakan ialah waktu-waktu terakhir bawak perut yg memboyot (hu hu huduhnya) tp sempat juga beraya sana sini. Orang lain yg tgk kita yg takut. takut terbesalin kat rumah diorg!! Lagi satu pengalaman pertama c-sect. Rasa serik... nak jaga anak & luka lagi. Terasa betapa mudahnya bersalin normal takda masalah nak jaga.. Errkk.. dah 3 hero & 1 heroin yg walaupun dah 5 thn tp tak berapa boleh harap lagilah, dgn adiknya yang lasak dah tak cukup kakitangan saya nak handle, penat, tak tidur malam, makan tak tentu dah biasa dah. Cuma doa ku pada Allah semoga diberi ilmu dan kekuatan iman, kesihatan yang baik dan umur yg panjang dan rezki yang tidak putus-putus dalam mendidik dan membesarkan mereka supaya menjadi anak soleh dan solehah




Video ni diambil semasa bercuti di Glory beach resort, PD pada April 2007


2 comments:

  1. dasat tu anak akak menyanyi.. hehe ada harapan tu juara bintang kecil

    ReplyDelete
  2. yang mahal tu tang aksi tarik sluar. penyanyi mana pun takleh ikut

    ReplyDelete