Monday, March 16, 2009

My twins punya ceritera....



Rasanya baru semalam lahirkan diorang....





Waktu umur 6/7 bulan...



1 tahun



Sekarang 1 tahun 5 bulan

1st time potong rambut kat barber...baru nampak clear skit muka, kalau tak nmpak semak sbb rambut dah cecah kening dgn gulung2 lagi (curly). Kalau bab mengemas, setiap sudut rumah diorang pergi ada je benda sangkut kat tangan, sabau je la.. if dibiarkan depa berdua mesti Amzar nangis kena lepuk. Selalu juga kena gigit dengan Amjad sampai lebam2 kat tangan dan kaki. Amzar pulak tak pandai melawan, badan jer besar. Amjad pulak bukan je Amzar jadi mangsa tapi abang dan kakakpun kena selalu alert dgn dia takut kena gigit. (sekali sekali ummi dan abi pun kena jgk..arghh) sakit wooo..

Budak2 ni if terlepas kat luar, pehh jenuh nak kejorr...pikir 2/30 kali kalau nak mana2 or shopping mall, kena kerah tenaga 2,3,4 keratni lagi2 tak ada asst. Satu petang tu lepas mandikan twins ni pakaikan baju tidur molek2 sedondon, then mandikan Afiq pulak, kakak mandi sendiri. Bila sumer dah siap saya pulak nak masuk bilik air utk mandi, mandi dgn tenang & slow, dengar budak2ni pun senyap jer, oklah tu...bila selesai keluar dari bilik air..mmg sunyi jer..kakak & Afiq layan kartoon kat tv, but babies mana?? jenguk bilik2 takda, pintu bilik air depan tutup.. haa ini sah2 dalam bilik airni (sblm ni penah mcmni) tapi kalini baru jer mandi...waaa bukak pintu diorang tengah terkekek2 2 org sambil simbah2 air dgn gayung..huhu angin ku datang!!! SAPER BUKAK PINTU BILIK AIRRRR!!!!! pastu Afiq jawab " Afiq nak basuh tangan jer tadi..." Arghhhh!!!!!!

Friday, March 6, 2009

Baju baru!!



Eh eh, silap ni langsir baru...sajer nak tunjuk..




Esya pose dgn baju kebaya baru, ntah2 tak pakai dah lepas ni!! my doter ni mmg payah nak pakai baju kurung/kebaya lagi yg labuci2. Tuh tak sabar nak bukak, badan kakak dah gatallah, panaslah..

Tuesday, February 24, 2009

Budak baikk!!!



Asyik berlari jerr, kan dah dpt seketull.. emm...budak baikk.



pagi esoknya (6.30 am) dah kurang skitt, tinggal lebamjerr..
Nangis tu bukan apa, nak ambil hpni..

Monday, February 23, 2009

Peringatan!!



Malam tadi, tengah menjamah nasi tiba2 Esya berkata "ummi! kakak taknak ummi meninggal" kenapa kakak tanya? soal saya.. Yelah nanti bila ummi dah tua, nanti ummi meninggal..kakak taknak ummi meninggal.. saya kata, bila ummi dah tua kakakpun dah besar, dah boleh jaga adik2 takpalah saya kata.. dia terdiam!! berfikir agaknya...saya pun tak tahu dimana & bagaimana dia terfikir/dapat perkara tersebut. Dia dah faham ttg kematian, sbb tulah dia terfikir agaknya...

Sesungguhnya anakku setiap yg bernyawa pasti akan menempuhi mati, tak kira muda atau tua, kecil atau besar..macamana ummi nak jelaskan perkara tersebut, sampai masanya nanti kamu akan faham jua...dan menerima Qada & QadarNya...

Friday, February 20, 2009

Makan time..




Semenjak ada chef baru ni, makan/menu nya sumer sedap2 belaka.. ni antara nya sarapan mee goreng dgn perencah yg banyak, atas lunch kunun2 diet ambil skit jer nasik tapi lauknya ayam msk kalio (emm tak penah dgr) dgn sup sayur. ingatkan masak lemak biasa, rupanya bila makan sedapnyerr (tak cukup pulak nasi tu) cili api atas tu penambah perisa jerr... harini sarapan lontong, sedap btul kuahnya.. Thumb up to chef kami yg baru!!!Cisss ingatkan nak kuruskan badan.. banyak pulak dugaan. habis camnerr

SeLaMat HaRi IbUbapa



Kek ni ditempah sempena hari Ibubapa (errr ada ke hari tu..) kalau takda kami mulakan dulu yer.. tarikhnya bila-bila boleh.. jasa ibu & bapa wajib dikenang sampai bila2 dan di mana jua...
credit to sarah (ummu bake house).. blueberry cake.. sedapp cuma tambah blueberry lagi blh tak??

Thursday, February 5, 2009

eYE oN MALAYSIA





Cuti raya cina hari tu kami sekeluarga berkesempatan ke Bandar Melaka dan teringin pulak nak naik E. O. M. Waktu di KL dulu tak berkesempatan nak pergi. Sebenarnya kami bercuti di PD, tiada aktiviti yg menarik selain dari mandi kamipun berjalan2 ke Melaka. EOM juga tiada apa yg mencabar utk org yg kuat jiwa macam saya nih (Ceh wahh!!) setakat tinggi je lah, sbb dia pusing slow sgt. Lebih kepada untuk menikmati panorama seaview selat Melaka dgn feri2 pengangkut org/pendatang ke Dumai kot! Cuma yang lucunya tgk perangai anak2 yg takut2 & gabra bila dah tinggi sangat