Thursday, January 21, 2010

Aiesya masuk tahun 1 di SKTTDI 1







Sedar tak sedar, thn ini anak daraku dah melangkah ke thn 1. Pengalaman baru yg mengujakan dirinya kerana saban hari sejak Disember asyik bertanya bila kakak nak 7 thn. Kakak tak sabarni nak dapat kawan baru, nak beli sendiri makanan. Dia kata mesti lagi susah kakak belajar, mesti homework lg byk...Padahal dia tak tahu lbh kurang jer apa yg dia dah belajar kat Tadika..bezanya thn 1 ada buku teks..

Tugas baru juga buat ku kerana kena bangun lbh awal 4.30/5.00 am utk siapkan beg anak2 ke tadika, baby sitter, bekal air (nasib baik thnni tadika sediakan sarapan) by 6.30 dah keluar rumah. itu kalau hubby ada, if dia tak ada seblm subuh dah kena hantar sikembar ke rmh ibu di atas, then after subuh jer trs hantar Afiq ke tadika smpi terkejut ustznya dr tidur..

Waktu rehat pula, 4/5 hari jg menjenguk dia, tp lepas tu dia sendiri ckp tak payah dtg waktu rehat. Tp tgh/hari kena 15/30 mnt dah tercongok kat pintu pagar coz if lambat kena parking jauh..

Waktu petang 2.30 sek agama pulak..walaupun tak jauh tp sbb tak biasa lg..Esya mesti tertidur dulu lps mkn..dah jenuh nak kejut g sek agama..xpelah slow2 nak biasakan dia dgn perubahan baru.. 1st day sekolah, dia semangat..pergi sekolah agama petang tak tidur dulu..tp smpi sek dia xnak msk kelas, nak kita tggu dia..tp dia still xnak msk, akhirnya balik awal dlm kul 4 pm. Bila didesak dia kata dah 1 hari dah kakak sekolahni..on the way balik terlelap dlm keta..alahai..penatnya..

memang penat jg nak urus anak bila dah skolah ni, dahlah kena bangun awal pagi, tghari biasa dpt tidur waktu rehat, tapi skrg tak sempat nak lelap..terkejar2 nak ambil balik, mkn, hantar sek agama, balik petang bergelut pulak dgn sikembar tu...by 10 pm dah flat dah..rmh pun dah tak terurus, setakat sapu2 je..kain berlonggok semggu sekali lipat, bilik airpun tak sempat nak sental..mmm..really need a weekend helper..blg gosok baju tuk semggu terus..nak ambil maid rmh tak sesuai..xde bilik utk maid..

2 comments:

  1. yelah begnilah nasib kita dan tugas kaum ibu kak... bila anak dah membesar lain pula yg nak diuruskan. apapun.. jaga kesihatan diri k - ct

    ReplyDelete
  2. Ti..tq. Awakpun dah rasakan, cuma awk blh tumpu pd alief sorang takle penat sgt..tp akk 4 org huhu..& the coming soon lg...

    ReplyDelete