Sunday, July 5, 2009

Happy Birthday kakak


Ustzh minta panggil kwn2 rapat utk potong kek, so 4 sahabat nilah kwn rapat diorg. Afiq tu wat sibuk jer..


Bersama-sama ustazah Kamilah yg jg ibu saudara diorang. Walaupun ibu saudara sendiri, tp mereka takut/hormat sbb ustazah ni tegas.
Pada 23 Jun yg lepas, kakak genap 6 tahun. kami takda wat apa2 majlis kerana hari sekolah. Saya cuma belikan simple cake, then jamu budak2 tadika dgn karipap, donat dan kek bahulu. Biasa parents yg lain bg goodies jajan, takpa biar sy jamu sarapan diorg, lebih kenyang lagi..semoga kakak menjadi anak yang solehah..

Friday, June 19, 2009

Selamat Hari Bapa







buat suami tercinta, t/kasih utk segala-galanya...

Buat ayahanda tersayang, kenangan bersamamu tetap dalam ingatan..

Wednesday, June 10, 2009

Balik Batu Pahat


happy jer Amjad, maklumlah naik kete nak gi jalan


Muka blurr Amzar & muka xcited Amjad


Bersama-sama Adik ipar dan mak tiri hb


Sila ignore badanku yg semakin...

Cuti Agung haritu dimanfaatkan utk menziarahi mak mertua di Bt Pahat, Johor. Alhamdulillah mak sihat dan ditemani oleh anak lelakinya kerana adik ipar masih belajar di UITM. Balik dari situ kami dibekalkan dgn durian2 dan rambutan..on de way balik tu, peninglah jg dgn baunya w/pun dah bubuh byk daun pandan. Terima kasihlah mak kerana melayan kami anak beranak....

Monday, June 8, 2009

keluar dinner..






Malamnya kakak ajak naik crvnya gi jln2, singgah di restoran kenalan/jirannya di Subang Perdana. Singgah makan cuma syarat jer..nak test naik crvnya yg baru dpt sebulan..second pun ok apa..

31st Mei..




Pagi tu sebelum ke majlis Kahwin di Bentong, singgah di Dewan komuniti Gombak, ziarah dan nak tgk anak Siti yg nak buat marhaban. Tp alief tengah bad mood sbb ngantuk sgt, tu yg ambil gmbar time tido jer..sempat sekejap jer sblm pegi Bentong.

Majlis kahwin di Bentong ialah majlis kahwin adik jiran sebelah rumah. Masya Allah ramainya org..walaupun pengantin belum sampai lagi..tu yg tak ambil gambar pape. Amjad plak nyaris hilang di celah2 org ramai. Menonong jer ke depan, ntah mcmana umminya tergerak hati nak cek dia kat mana..tuuu dia dah jauh ke depan celah2 org ramai. if dibiarkan nunn sampai ke jalan raya..


dari Bentong singgah lagi di Melawati ker (err dah lupa) kenalan jemaah umrah bersama Rabbani sambut besday cucu sulungnya yg ke -8. Anak2 ku ke depan kebelakang dah mcm rumah sendiri, cuma risau gelas2, pnggan kaca tuan rumah jer takut tak sempat nak sambut .. huhu.Alhamdulillah selamat...

Balik petang terus lepak sunyi satu rumah, bangun2 dah nak Maghrib rupanya..

Thursday, May 28, 2009

Perkahwinan Masitah


Gambar pengantin bersama mak, abahnya (yg duduk) dan sebahagian adik beradik suami (yg berdiri)

Pada 26 April yg lepas, kami menghadiri kenduri anak buah suami di Bt 14, Hulu Langat. Act anakbuah (perempuan) tggl di Sibu, kerana abg suami menetap di sana. Kami hanya menghadiri kenduri belah lelaki shj. Semoga bahgia hendaknya...



Majlis yang diadakan di Sibu, Sarawak (kiri dan kanan adalah kakak dan adik kepada Masitah)
p/s Pada along..hehe Insya Allah moga dipercepatkan jodoh..

Monday, May 18, 2009

Pendidikan Anak-Anak



Gambar semasa pergi pesta buku di PWTC

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik2 dah nak masuk 1/2 tahun 2009. Banyak perkembangan anak2 terutamanya Esya dalan pelajaran mahupun perlakuan. Afiq cam biasalah manjanya minta perhatian tak abih lagi, walaupun umminya garang semacam layan tak layan dia, still dgn perangainya. Esya dah semakin lancar membaca dan menulis, boleh buat homeworknya sendiri tanpa pengawasan, boleh mereka sendiri perkataan. Kadang2 yg terharunya dia tulis surat "saya sayang ummi, terima kasih ummi" then dia lipat kecil2 bagi pada kita suruh baca. Satu utk ummi, satu utk abi dia. Saya pun beri reaksi bila baca "wahh!! pandainya kakak buat.. terima kasih.." Afiq pula dah boleh menulis namanya sendiri dan kalau bab mengaler memang dia cermat. Tak peliklah dpt no.1 dr 5 org murid 4 thn. Tapi mengaji Qiraati dia agak slow skit, tak fokus. nak alih dari satu ke satu m/surat sampai berminggu2. Harap2 bila dah 5 tahun nanti dia boleh fokus betul2. Kakak pula qiraati 3, dah masuk bab pjg pendek dan jg dengung. Tapi apa yang paling saya terharu ialah boleh kata 90% bacaan dalam sembahyang dia dah boleh baca termasuk doa iftitah. Lagipun musim cuti sekolah haritu mmg diadakan bengkel/kursus sembahyang. Itulah kelebihan sekolah yg menerapkan nilai2 agama di mana pengisian rohani adalah sama penting dgn pengisian mental/fizikal. Bayangkan ibubapa sendiri yang bekerja 8-6 ptg, baru jumpa anak. Sampai di rumah sibuk pulak dgn urusan rumah dan anak2 yang lain. hujung mggu jg ada xtvt luar dan sbgnya. Bila masa nak ajar anak sembahyang/bacaan2 dlm sembahyang?? so saya bersyukur sangat2 didikan yg diberikan di Tadika Dzul Ameen selain dari akademik, ada didikan akhlak, hafal hadis, surah2 , doa2 , sunnah dan lain2 lagi. Persiapan rohani ini jg penting kerana bila mereka memasuki sekolah rendah, seterusnya menengah mereka mempunyai pengetahuan asas /pendinding diri dari ancaman2/gejala2 yang merosakkan..bila difikirkan masalah2 di sekolah sekarang baik rendah/menengah rasa takut nak melepaskan anak bersekolah pun ada..itulah pentingnya ilmu agama, adab akhlak Islam & ketahanan diri diisi dari kecil.

Memang bunyinya cam berat sangat, tapi itulah hakikat dunia sekarang
. Setakat nak jdkan anak-anak cemerlang akademik Insyaallah mudah. Tapi cemerlang menjaga hubungan dgn Tuhan, ibubapa itu yg paling penting..Wallahualam..