Friday, August 28, 2009

Sahabatku Haliza (Jannah)


Saya tak tahu apa yang mendorongku utk menyatakan sesuatu ttgnya. kami mula kenal sejak lebih 18 thn lalu. Waktu zaman student (IPT) Jannah memang sentiasa aktif dan lincah orangnya. Dia jenis yang tidak suka menunjukkan kesusahan apabila ada masalah serta sering berinovasi dan gigih. Allah telah pilih dia untuk menjadi jodoh kepada Ust Asri yang ketika itu glamer dalam jemaah Arqam. Malah kami diraikan secara besar-besaran waktu perkahwinan dgn 7 lg pasangan yang lain pada 18 September 1993. Awal perkahwinan lagi jannah telah diuji hebat iaitu terpaksa berpisah dengan suaminya ketika masih dlm suasana bulan madu lagi iaitu baru 2 mggu diijabkabulkan. Ust Asri keluar negara (Iran dll lagi) berdakwah mengikut Ust Ashaari. Waktu ditgglkan dia ust mahupun Jannah sendiri tidak tahu berapa lama ust kena keluar berdakwah. Waktu tu jg mana ada perhubungan hp, internet seperti sekarang. Ketika ditgglkan jg jannah telah disahkan mengandung anak sulung mereka. Walaupun cuma 2 bulan, tetapi cukup perit rasanya bagi pasangan suami isteri yg baru menyulam kasih terpaksa berpisah lama. Seterusnya menjadi isteri kepada Nada Murni ketika itu macam menjadi kemestian apabila hari raya kami sering ditinggalkan (beraya sendiri tanpa suami). Pada ketika Rabbani ditubuhkan pula, bermulalah era seluruh masyarakat mula mengenali ust Asri dan Rabbani. Undangan dan jemputan tidak putus2 juga demi mencari rezki untuk keluarga anggota Rabbani itu sendiri. Sering ditinggalkan suami sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Terutama Jannah sendiri di mana dengan bilangan anak yang paling ramai berbanding yg lain juga anak yg semakin meningkat dewasa, persekolahan, tuisyen, mengaji dan lain-lain semua kena diuruskan sendiri olehnya. Kesibukan Rabbani memenuhi undangan menyebabkan masa mereka agak terbatas dgn keluarga. jadi bila ada masa terluang dan kewangan mencukupi, biasanya Rabbani merancang percutian keluarga bersama-sama. Kami bagaikan satu keluarga besar yang diketuai oleh Asri Ibrahim sebagai abang sulung. program Hari Raya dan undangan hari raya biasanya disertai keluarga kerana itulah waktunya kami dan anak2 nak bersama suami. Jadi kami beraya bersama-sama sejak beberapa thn yg lepas. Bagi kami istilah balik kg dah jadi no. 2/3. Setelah 3/4 hariraya barulah balik ke kg sendiri menziarahi sanak saudara masing2. Ini semua menjadikan kami bertambah rapat walaupun hakikatnya pd hari2 biasa kami jarang berjumpa. Sejak 2 bln yg lepas pula terlalu byk undangan buat Rabbani menyebabkan saya sendiri jg terasa yg suami jarang dpt bersama2 kami sekeluarga terutamanya anak2. yelah balik anak-anak.dah tidur, esok pula anak2 dah ke sekolah/rumah babysitter. Hujung mggu pula kdg2 tidak balik sehingga 2/3 hari. Jannah sedar, suaminya adalah milik masyarakat, berbakti utk agama Allah hingga ke akhir hayatnya. Allah pinjam sementara utk dia menumpang kasih sayang dan diberi amanah anak2 utk dididik & dibesarkan. Moga dia tabah menjalani hidup sebagai ibu tunggal dan sesungguhnya dia insan yg terpilih menjalani ujian dari Allah. Bukan sebarang orang boleh merasainya.

3 comments:

  1. ujian kepada manusia berbeza mengikut tahap kekuatan masing2... moga lebih tabah kita semua dalam menjadi isteri dan ibu

    ReplyDelete
  2. Begitulah hebatnya ujian yang dhadapi para isteri pejuang,mereka diuji Allah untuk berjauhan adakalnya berminggu-minggu...Setiap sesuatu pasti Allah uji..pasti ada kemanisannya:)..Pada kak jannah dan keluarga moga tabah selalu hendaknya.Semoga Allah sentasa bersama-sama orang yang bersabar..Amin..

    ReplyDelete
  3. pengorbanan demi sebuah perjuangan...

    ReplyDelete